17 OKTOBER 2023 (SINGAPURA) - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) pada pagi ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato’ Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura. Delegasi JAPENSWP telah diketuai oleh Tuan Mawardi bin Che Man, Timbalan Pengarah I bersama Pendakwa Syarie dan warga kerja JAPENSWP.
Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, delegasi JAPENSWP telah diberikan penerangan berhubung fungsi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Delegasi turut dibawa melawat sekitar Suruhanjaya Tinggi bagi melihat dengan lebih dekat fungsi yang dijalankan.
Sesi kunjungan hormat juga turut membincangkan beberapa perkara yang menyentuh berhubung fungsi pendakwaan Syariah, antaranya proses perkahwinan warga Malaysia di luar negara. Pelbagai isu semasa turut disentuh dan dibincangkan oleh TYT Dato’ Dr. bersama delegasi.
JAPENSWP berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian TYT Dato’ Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura serta warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kunjungan delegasi JAPENSWP dan sambutan yang diberikan. Semoga hubungan baik yang terjalin akan berkekalan dan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.