4 OKTOBER 2023 (SHAH ALAM) - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) telah mengadakan Kursus Penataran Bahasa dan Penulisan Artikel Perundangan pada 2 - 4 Oktober 2023 di Concorde Hotel Shah Alam.
Kursus telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah I, Timbalan Pengarah II, Pendakwa Syarie dan warga kerja JAPENSWP. Kursus telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam dan YBrs. Dr. Muhamad Helmi bin Md Said daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penganjuran kursus ini adalah bagi mencapai objektif antaranya untuk memberikan pemahaman kepada peserta penggunaan bahasa yang betul dan tepat dalam pengurusan kes jenayah Syariah dan penulisan artikel perundangan. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan penggunaan bahasa bagi tujuan penyediaan hujah, fakta kes dan pertuduhan kes jenayah Syariah.
Para peserta telah memberikan komitmen penuh dan interaksi yang baik sepanjang tempoh berkursus.
Semoga penganjuran kursus ini telah memberikan pendedahan kepada peserta bagi tujuan peningkatan kualiti pendakwaan Syariah serta penulisan artikel perundangan dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.