18 OGOS 2023 (PUTRAJAYA) - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) pada pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Hala Tuju JAPENSWP yang dipengerusikan oleh Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie JAPENSWP, Tuan Abd Razak bin Mat Nayan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah I JAPENSWP, Tuan Mawardi bin Che Man dan semua Pendakwa Syarie JAPENSWP.
Mesyuarat telah diadakan bagi membincang dan menyusun pengurusan program dan aktiviti JAPENSWP bagi tahun 2023 dan 2024. Perbincangan ini adalah penting bagi memastikan segala perancangan dan aktiviti dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancangkan. Mesyuarat turut membincangkan program atau aktiviti yang melibatkan agensi luar disamping aktiviti utama JAPENSWP yang melibatkan pendakwaan Syariah.
Semoga segala keputusan mesyuarat akan dapat dilaksanakan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan demi meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.