18 OGOS 2023 (PUTRAJAYA) - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) pada petang ini telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kes Bil. 3/2023 di Bilik Mesyuarat 2 JAPENSWP. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah I JAPENSWP, Tuan Mawardi bin Che Man dengan dihadiri oleh semua Pendakwa Syarie dan warga kerja Unit Fail Kes (UFK) dan Unit Pengurusan Rekod dan Dokumen (UPRD) serta warga JAPENSWP Cawangan Labuan secara atas talian.
Mesyuarat telah membincangkan perjalanan pengurusan kes-kes pendakwaan Syariah serta dibentangkan dengan data dan statistik terkini JAPENSWP. Isu-isu berbangkit turut dibincangkan dan diputuskan bagi memastikan pengurusan kes pendakwaan Syariah berjalan dengan lancar.
Semoga segala keputusan akan dapat dilaksanakan oleh warga kerja JAPENSWP bagi pengurusan kes pendakwaan Syariah di Wilayah Persekutuan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.
Unit Komunikasi Korporat JAPENSWP