Logo Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan
Image
Image
Image
Image
Image
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M

28 SEPTEMBER 2023 (PUTRAJAYA) - Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Pengarah / Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) pada pagi ini telah mengetuai kontinjen JAPENSWP dalam Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambutan telah dimulakan dengan perarakan kontinjen ke PICC Putrajaya tepat jam 7.30 pagi. Kontinjen JAPENSWP menyertai perarakan bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis.

Sambutan Maulidur Rasul SAW bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani” merupakan manifestasi kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Semoga kecintaan ini akan terus mekar dalam jiwa setiap umat dalam meraih cinta Allah SWT.

PAUTAN LUAR

WAKTU SOLAT

STATISTIK PELAWAT

46172
Hak Cipta Terpelihara @2023 Jabatan Pendakwaan Syariah WP
  • Tarikh Kemaskini: 22 November 2023.