5 SEPTEMBER 2023 (PUTRAJAYA) - Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Pengarah / Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) pada hari ini telah menyampaikan slot ceramah dalam Kursus Pra Bicara dan Perbicaraan: Judi dan Minum Minuman Memabukkan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Dalam sesi ceramah tersebut, Tuan Abd Razak telah berkongsi dengan para peserta yang terdiri daripada Pendakwa Syarie seluruh Malaysia berkaitan peruntukan di bawah Akta/ Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berhubung judi dan minum minuman memabukkan. Pelbagai isu berkaitan kedua-dua peruntukan tersebut telah dikupas dan diperbincangkan bersama para peserta.
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan oleh para peserta dan dapat diaplikasikan dalam tugas-tugas pendakwaan di lapangan serta meningkatkan tahap profesionalisme para Pendakwa Syarie.