6 Oktober 2023 (PUTRAJAYA) -
Satu taklimat waqaf daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diadakan pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP).
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Kanan, Bahagian Pengurusan Dana YWM kepada semua warga kerja JAPENSWP.
Taklimat telah menyentuh berkaitan pengenalan kepada waqaf, kelebihan waqaf serta galakan untuk berwaqaf kepada semua umat Islam. Produk YWM serta operasinya turut diberikan penjelasan dalam taklimat tersebut.
Semoga semua warga kerja JAPENSWP mendapat manfaat daripada sesi taklimat yang telah diadakan serta dapat mengambil bahagian dalam program-program waqaf bagi meraih ganjaran dan redha Allah SWT.