Bahagian-Bahagian di JAPENSWP
- BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN & SUMBER MANUSIA
- BAHAGIAN PENDAFTARAN, REKOD DAN DOKUMENTASI
- BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN
- BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERUNDANGAN
Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan perkhidmatan dan perjawatan, kewangan serta pentadbiran am. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, JAPENSWP berstatus Pusat Tanggungjawab bertaraf Pusat Kos di bawah JPM.
Bahagian ini menjalankan fungsinya seperti yang berikut:
- Mengurus, merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia, latihan dan kerjaya;
- Mengurus dan menyelia aset dan stor Jabatan mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa;
- Memberi perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pengurusan sumber manusia, sumber maklumat dan teknologi maklumat; dan
- Menyedia dan menyelenggara keperluan infrastruktur ICT, memastikan keselamatan ICT dan memberi latihan ICT kepada semua pegawai dan kakitangan.
Justeru itu, bahagian ini juga diberi peranan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti latihan kepada warga JAPENSWP. Perancangan latihan yang tersusun ditetapkan di dalam takwim tahunan
Carta Organisasi
Fungsi utama JAPENSWP ialah mengurus kertas siasatan dan seterusnya mengendalikan kes-kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Antara fungsi bahagian ini juga adalah untuk melaksanakan proses-proses yang berikut:
- Menerima dan merekodkan permohonan untuk menyiasat dan kertas siasatan dari Pegawai Penguatkuasa Agama;
- Mengagihkan kertas siasatan kepada Pendakwa Syarie untuk semakan dan penentuan merit kes;
- Menyediakan dokumentasi pendaftaran kes jenayah dan mendaftarkan kes di Mahkamah Syariah;
- Menguruskan fail kertas siasatan kepada Penguatkuasa Agama untuk siasatan lanjut;
- Merekodkan dan menyelenggara kertas siasatan dalam bilik fail;
- Mengembalikan kertas siasatan kepada Penguatkuasa Agama setelah kes selesai di Mahkamah; dan
- Menyediakan statistik kes untuk laporan jabatan dan bahagian.
Carta Organisasi
Bahagian ini merupakan bahagian yang melaksanakan fungsi utama JAPENSWP iaitu mengendalikan prosiding pendakwaan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Operasi bahagian ini bermula setelah menerima permohonan kebenaran untuk menyiasat daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI sehinggalah kepada pengendalian prosiding kes di Mahkamah Syariah. Ia melibatkan proses-proses seperti yang berikut :
- Menerima permohonan kebenaran untuk menyiasat (OTI);
- Mengeluarkan perintah kebenaran untuk menyiasat;
- Menerima dan menyemak Kertas Siasatan dari Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), JAWI;
- Mendaftarkan kes di Mahkamah Syariah bagi kes yang bermerit;
- Mengembalikan Kertas Siasatan yang kurang lengkap kepada PPA untuk siasatan lanjut;
- Mengembalikan Kertas Siasatan yang tidak bermerit untuk didakwa kepada PPA;
- Menguruskan perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Syariah;
- Menguruskan kes semakan/rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah; dan
- Menguruskan kes semakan/rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah.
Pengendalian kes di Mahkamah Syariah dilaksanakan secara efisien melalui penetapan tugas berdasarkan kekananan jawatan dan peringkat mahkamah sebagaimana berikut :
PERINGKAT MAHKAMAH | TANGGUNGJAWAB |
Mahkamah Rayuan Syariah | Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie dan Timbalan Pengarah 1 dan 2 |
Mahkamah Tinggi Syariah | Timbalan Pengarah 1 dan 2 serta Pendakwa Syarie |
Mahkamah Rendah Syariah | Pendakwa Syarie |
Bahagian ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti strategik bagi pemantapan kualiti pelaksanaan fungsi utama JAPENSWP iaitu pengendalian kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah. Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan kajian berkaitan isu-isu perundangan dan hukum syarak sama ada yang berbangkit dari isu-isu semasa atau isu terpilih. Kaedah pelaksanaan aktiviti kajian ditetapkan mengikut kesesuaian skop tajuk yang dipilih sama ada melalui kaedah kajian perpustakaan, lawatan, perbincangan antara agensi berkaitan dan juga kajian kes.
Antara fungsi bahagian ini juga adalah untuk melaksanakan proses-proses berikut :
- Membuat kajian isu-isu jenayah Syariah berkaitan kes;
- Menyediakan bahan-bahan rujukan berkaitan isu undang-undang jenayah Syariah/prosedur jenayah Syariah;
- Mengkaji dan memberikan syor serta pandangan undang-undang jenayah Syariah berhubung dengan cadangan pindaan dan penambahbaikan undang-undang sedia ada;
- Mentadbir urus Pusat Sumber jabatan;
- dan menyelaras dan menyelia hal ehwal berkaitan parlimen.
Carta Organisasi