
Assalamualaikum wbt.
Salam Malaysia Madani dan Salam Perpaduan.
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman sesawang Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) dengan imej terkini yang lebih berinformasi dan menarik.
Alhamdulilah, setelah melalui pelbagai perubahan dan pindaan, laman sesawang JAPENSWP versi 2.0 telah selesai dilancarkan dengan jayanya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JAPENSWP dan Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perdana Menteri atas kerjasama yang produktif sehingga berjaya membangunkan suatu laman sesawang yang informatif dan interaktif.
Harapan saya agar laman sesawang yang telah selesai dibangunkan ini akan menjadi sebuah wadah penyampaian maklumat rasmi agensi selaras dengan hasrat dan seruan kerajaan agar penggunaan teknologi maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan kepada masyarakat umum.
Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan apa-apa bentuk cadangan, komentar dan maklum balas yang membina daripada pengunjung laman sesawang ini bagi membolehkan jabatan ini mengambil langkah untuk membaiki, memperkukuh serta menambah baik kualiti laman sesawang ini pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Abd Razak bin Mat Nayan
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan